BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 17, 2010

Dia KaT nEr...

Bila sendirian fikiranku buntu mengingati dirimu, dikau tiada lagi di sisiku,hatiku sayu bertambah pilu..Sekiranya ku mendpt pengganti, ku harapkan insan sptmu teman, banyak membantu dan mendorongku menjadi insan yg tabah menempuhi hari2 yang mendatang”
…Hmm..stp kali terdngar bait2 lagu ni, hati pasti terusik teringat ngan seorang teman baik..terus terang dulu aku bukanlah spt diriku yg skrg..
Kdg2 terfikir gak mungkinkah satu hari nanti aku berubah menjadi seorang yg periang..
Namun semuanya berubah apabila aku mengenali seorg teman.Biarpun tak punya rupa paras yg menarik,tapi sikapnya yg “Sense Of  Humour” buat semua org senang berkwn dgnnya..Selain seorg yg periang dia juga pemberi motivasi yg baik bgku…
Masih segar dlm igatan bilamana dia dtg ke arahku n bertanya khabar..dia sempat bertanya padaku “napa awk pendiam sgt ya”..aku hnya menjawab “mmg beginilah aku yg awk nmpk skrg”..Sejak hr itu dia sering dtg berbual dgnku.
Semakin lama knl dgnnya, banyak prkra yg aku pelajari. Dari seorg yg pendiam perlahan2 aku berubah menjadi spt aku skrg.. Aku senang berkwn dgn dia hinggakan setiap kali punya masalah pasti ku ajukan pdnya n setiap kali itu jglah dia  akan membantuku mencari jln penyelesaian.. Seumur hidup,inilah kali pertama aku punya kwn sptnya..
Pernah satu hari,aku katakan pdnya yg aku punya masalah besar n sekiranya tak mampu selesaikan mslh trsebut mungkinkah org sekeliling akan mengataku.. dia tenang shj waktu itu. Dari riak wjhnya aku tahu dia sdng mencr jwpn pada semua soalanku.. lama menanti akhirnya dia tersenyum lalu berkata “sampai bila awk nak libatkan org lain setiap kali pnya mslh n knp takut dgn umpatan org..klu asyik fkrkan apa org kata smpai bila2 pun awk takkan brni nak hadapi hdp ni..sbnrnya semua jwpn yg awk cari,awk dh dpt cuma perasaan takut n bersalah itulah yg menghantui awk”.. Terpempan aku mendgr stp butir katanya,spt ada sesuatu yg menusuk ke dlm hatiku n bermcm2 perkra yg bermain di fkiranku kala itu.
Dia kemudian meninggalkanku sendiri..aku akui ada bnrnya apa yg dia katakan pdku..
TAPI…nth knpa bilamana aku mengenali seseorg dan merasa senang dgnnya,setiap kali itulah perpisahan pasti akn berlaku.. Aku takkan lupa penghujung bulan 11 tahun 2005 dia dtg berjumpa dgnku..bila aku tnya kat dia np beriya-iya sgt nak jumpa dgnku selamba jwpannya “saja bab lps ni pasti rindu kat awk”.. Melihat wajahnya yg sentiasa tersenyum itu,langsung xterlintas dlm fkiranku bahawa itulah kali terakhir pertemuan antara kami..Dia sempat menulis sesuatu dlm buku notaku n berkata aku blh melihatnya hnya selepas dia pergi..Sejujurnya perasaanku xmenentu waktu itu,nth napa aku ingin terus berbual dgnnya..
Selepas mengucapkan selamat tinggal dia pergi meninggalkanku sendiri…aku hanya mampu memandangnya. tanpa berlengah buku nota ygku pegang tadi aku buka semula…menitis air mataku tatkala membaca tulisan tgnnya sbntar td.. “selepas ini,tak tahu bila dpt berjumpa dgn awk lagi..Awk kena kuat hadapi setiap dugaan yg datang..Kuatkan semangat dan sentiasalah tersenyum biarpun banyak masalah yg menimpa..Buatlah yg terbaik dr segala yg terbaik krn hanya awklah yg boleh mengubah diri sendiri mnjd lbh baik”
Selepas hari itu, dia xpernah menghubungiku lagi.. betapa hari2 yg ku lalui terlalu sunyi tanpanya di sisi.. biarpun berada dalam suasana yg meriah aku tetap merasa sunyi sbnrnya..Kini setiap kali punya masalah pasti aku teringat kata2nya dahulu..
Seandainya diberi peluang sekali lagi, aku hanya ingin dipertemukan dgnnya semula,,Terlalu banyak kisah yg ingin aku kongsi dan ceritakan pdnya..Kalaulah aku tahu di mana dia berada skrg ni….

0 ulasan: